Mari daftar sesi konsultasi bersama kami secara PERCUMA !!

Anda pening kepala,

tak tahu bagaimana nak hibah rumah?

Keliru antara apa itu hibah rumah dan hibah takaful?

Tercari-cari solusi yang tepat

untuk diri anda dan keluarga tercinta?

Panduan mudah untuk merancang pewarisan harta secara tepat, mudah, holistik dan terbukti berkesan mengikut undang-undang dan syarak.

4 LANGKAH MUDAH MERANCANG PEWARISAN HARTA KEPADA ORANG YANG ANDA SAYANGI

"Siri video panduan bagaimana merancang pewarisan harta melalui beberapa kaedah yang tepat dan holistik."

apa-itu-hibah

apa-itu-hibah 4 Siri video langkah-langkah merancang pewarisan harta

apa-itu-hibahBonus E-book pewarisan harta

apa-itu-hibah

Template Senarai Asset dan Hutang

apa-itu-hibah Eksklusif pengiraan faraid peribadi

Sesi Konsultasi ONLINE percuma bersama wakil perunding

Play Video about apa-itu-hibah

MENGAPA MEMILIH KAMI?

Solusi Kami Terbukti Berkesan

apa-itu-hibah

Solusi sah disisi syarak dan undang-undang

Solusi yang diluluskan oleh pakar kaji selidik yang bertauliah dalam bidang Fiqh Mawarith

apa-itu-hibah

ALHAMDULILLAH....

RAMAI YANG SUDAH MENDAPATKAN BANTUAN KAMI DAN BERPUAS HATI DENGAN SOLUSI YANG MEREKA DAPAT LAKSANAKAN UNTUK KELUARGA TERSAYANG

APA KATA MEREKA?

apa-itu-hibah

Bantuan kepakaran mereka sangat membantu saya menyelesaikan proses pengurusan pusaka dengan mudah. Saya tidak perlu bersusah payah dan kos yang di tanggung sangat rendah. Memang sangat berbaloi dengan apa yang saya telah bayar. Alhamdulillah. Saya sarankan anda juga mengambil berat dalam perancangan pewarisan harta. Kenal pasti apa harta yang ada, hasrat pembahagian harta dan simpan semua dokumen di tempat yang selamat.

Encik Ahmad Taufiq

apa-itu-hibah

Saya sangat berpuas hati dengan segala proses urus tadbir yang dijelaskan dan dijalankan secara berperingkat dan berkala. Saya dan keluarga sangat beruntung kerana dipertemukan dengan Pn Umi Yusof selaku orang yang diberikan tanggungjawab dalam berurusan dengan saya sekeluarga sepanjang 2 tahun menggunakan khidmat Pengurusan Harta.

Dr Ahmad Khairuddin & isteri
apa-itu-hibah

Puan Umi Khlsom Binti Yusof

Hai! Assalamualaikum.
Apa khabar pembaca budiman?

😊

Puan Umi di sini, menulis dari Seremban, Negeri Sembilan.

Semoga anda berada dalam keadaan yang terbaik bersama keluarga tercinta.

Saya nak berkongsi pandangan yang paling jujur dan membuat anda berfikir dan mungkin tak boleh tidur lena malam nanti.

Ramai orang Islam sebenarnya tahu bahawa urusan pusaka bukannya mudah kerana banyak kes-kes pusaka bermasalah tersebar di kaca TV, di dada akhbar, di corong radio, malah tular di media sosial. Namun tidak ramai yang tahu apakah sebenarnya langkah bijak untuk memastikan masalah-masalah tersebut tidak berlaku pada diri dan keluarga sendiri.

Adakah anda salah seorang daripadanya?

Dulu, saya juga mengalami masalah yang sama. Saya seorang ibu kepada seorang anak perempuan. Saya yakin semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.. betul tak?

Jadi setelah membesarkan mereka dengan memberikan pendidikan yang terbaik, serta kasih sayang.
Kepada merekalah untuk saya wariskan harta saya.
Tetapi solusi yang saya cari, semua nya kurang bersesuaian dengan masalah yang saya hadapi ini.

Alhamdulillah, akhirnya saya direzekikan menemui solusi yang komprehensif. Solusi ini lah yang saya akan kongsikan dalam video saya.

Sebelum ini, saya juga keliru dan mempunyai salah faham berkaitan hibah.

Adakah anda pun sama ?

  • Faraid kan ada, kenapa perlu buat hibah?

  • Rumah dalam pinjaman mana boleh hibah.

  • Hibah ni sebab nak lari daripada faraid kan?

  • Hibah boleh dicabar! Tak gunalah buat, nanti terbatal juga.

  • Tukar nama terus kan senang, kenapa nak buat hibah?

  • Saya dah ambil hibah takaful. Selesai masalah.

  • Hibah boleh maksima 1/3 sahaja.

  • Saya dah buat wasiat!

  • Saya ada anak lelaki, kan dah selamat,…kenapa nak hibah?

  • Suami dah masukkan sekali nama saya masa beli rumah. Tak perlulah saya risau sebab kalau dia meninggal dunia, rumah ni saya yang punya…

  • Takkanlah keluarga saya nak rebut harta saya..

  • Esok pandai-pandailah waris saya bahagi-bahagi harta…saya kan dah tiada!

WOW, BANYAKNYA. MAKIN PENING JADINYA !

WOW, BANYAKNYA. MAKIN PENING JADINYA !

JANGAN RISAU!

ANDA SEKARANG BERADA DI TEMPAT YANG BETUL

>UNTUK HILANGKAN KEKELIRUAN DAN SALAH FAHAM ANDA.

Kami akan bantu anda!

SALAH FAHAM PUSAKA BAWA BINASA
DAN PERPECAHAN KELUARGA

HARI INI KITA BACA KISAH MALANG PUSAKA ORANG.

TAK MUSTAHIL SUATU HARI NANTI, ORANG AKAN BACA KISAH KITA PULA!

Elakkan ini daripada berlaku !

Ramai yang dah lega kerana telah berjaya merancang pewarisan harta secara tepat dan holistik bersama kami.

Anda bila lagi?

ALHAMDULILLAH....

RAMAI YANG BERSETUJU MEREKA GEMBIRA APABILA
MENDAPATKAN BANTUAN DARIPADA KAMI

MASIH KELIRU APA ITU HIBAH?

APA ITU HIBAH?

  • Hibah adalah pemberian atas kasih sayang semasa hidup tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

  • Hibah boleh dilakukan atas harta-harta sedia ada seperti rumah, barang kemas, akaun simpanan, kenderaan, akaun tabung haji dan lain-lain harta yang bernilai kepada siapa- siapa sahaja mengikut hasrat pemberi hibah.

Dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Saling memberi hadiahlah kamu sekalian, agar kalian saling mencintai”
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

APA HARTA YANG BOLEH DIHIBAHKAN?

apa-itu-hibah

Kenderaan

apa-itu-hibah

Saham Koperasi

apa-itu-hibah

Saham Amanah

apa-itu-hibah

Kenderaan

apa-itu-hibah

Saham Koperasi

apa-itu-hibah

Saham Amanah

apa-itu-hibah

Saham Syarikat

apa-itu-hibah

Saham Syarikat

apa-itu-hibah

Akaun Tabung Haji

apa-itu-hibah

Akaun Bersama (Joint account)

apa-itu-hibah

Akaun Tabung Haji

apa-itu-hibah

Akaun Bersama (Joint account)

apa-itu-hibah

Barang kemas atau perhiasan yang berharga

apa-itu-hibah

Rumah/tanah/lot kedai termasuk yang masih bercagar

apa-itu-hibah

Barang kemas atau perhiasan yang berharga

apa-itu-hibah

Rumah/tanah/lot kedai termasuk yang masih bercagar

KENAPA TAK BUAT WASIAT JE? KENAPA PERLU HIBAH?

KALAU TAK BOLEH BERWASIAT KEPADA WARIS,
NAK BUAT MACAM MANA?

APA BEZA HIBAH DAN WASIAT?

PERBEZAAN HIBAH HARTA & HIBAH TAKAFUL

apa-itu-hibah

TAHUKAH ANDA MAJORITI HARTA TERBEKU MERUPAKAN RUMAH PUSAKA?

INI KERANA AGAK SUKAR UNTUK MENGAGIHKAN BAHAGIAN FARAID UNTUK SEBIJI RUMAH.
LAGI-LAGI JIKA RUMAH 2 NAMA.

apa-itu-hibah

ANTARA KAEDAH UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH INI
ADALAH MELALUI HIBAH RUMAH

  • Rumah adalah aset yang bernilai tinggi dan sukar untuk dibahagikan secara fizikal.

  • Isteri dan anak-anak memerlukan rumah tersebut sebagai tempat berlindung, Apakan daya ada pula waris lain mahu menuntut bahagian faraid mereka.

  • Rumah yang telah dihibahkan pula, secara automotik akan terkeluar dari harta pusaka dan tidak perlu dibahagikan mengikut faraid.

  • Rumah yang tidak dihibahkan berkemungkinan terpaksa dijual atau berkongsi nama dalam satu geran.

  • Yang paling menarik, pemberi hibah itu masih boleh mendiami rumah tersebut dan boleh menarik balik hibah yang dibuat pada bila-bila masa jika rumah itu dihibahkan kepada anak, cucu ataupun cicit.

ADAKAH RUMAH YANG MASIH BERHUTANG
BOLEH DIHIBAHKAN?

  • Hibah rumah yang masih berhutang adalah dibenarkan, namun perlu memenuhi tuntutan hukum dan undang-undang

  • Rukun hibah perlu di patuhi agar memenuhi hukum syarak.

  • Rumah mestilah dilindungi oleh insurans/takaful atau ada jaminan hutang tersebut dilunaskan selepas kematian.

  • Hibah rumah masih berhutang boleh berlaku dalam 2 keadaan:

    • Rumah satu nama
    • Rumah kongsi nama

MAHU HIBAHKAN HARTA ANDA KEPADA
ORANG YANG ANDA SAYANG?

APA YANG ANDA AKAN DAPAT?

SIAPA PERUNDING KAMI

PUAN UMI KHLSOM YUSOF

Seorang Perunding Pewarisan Harta Islam dengan 15 tahun pengalaman dalam membantu umat Islam merancang pewarisan harta seperti hibah rumah, wasiat melantik pentadbir, deklarasi harta sepencarian dan pengurusan pusaka mengikut keperluan pemilik harta serta mematuhi peruntukan undang-undang dan syarak.

Pencapaian Puan Umi dalam bidang pewarisan:

SUDAH BERSEDIA UNTUK DAPATKAN SIRI VIDEO
LANGKAH-LANGKAH MERANCANG PEWARISAN HARTA DAN PUSAKA
YANG TERBUKTI, MUDAH DAN TEPAT?

SUDAH BERSEDIA UNTUK DAPATKAN SIRI VIDEO
LANGKAH-LANGKAH MERANCANG PEWARISAN HARTA DAN PUSAKA
YANG TERBUKTI, MUDAH DAN TEPAT?

LANGKAH-LANGKAH MERANCANG PEWARISAN HARTA DAN PUSAKA DENGAN MUDAH DAN TEPAT KEPADA ORANG YANG ANDA SAYANGI

PAKEJ MENARIK YANG DITAWARKAN

apa-itu-hibah

PAKEJ ASAS

PERCUMA

PAKEJ ADVANCE

HANYA SERENDAH RM 19.90 SAHAJA

JANGAN LENGAHKAN LAGI,
JOM DAPATKAN SEKARANG

JANGAN LENGAHKAN LAGI,
JOM DAPATKAN SEKARANG

Jika anda memerlukan bantuan, boleh hubungi kami di 016-2167374 atau emel ke hibahrumah@gmail.com

Copyright 2022. All right reserved.

Pakej yang ditawarkan

9

Pakej Asas

Percuma

10

Pakej Advance

RM 19.90

Tempah Temujanji Konsultasi

Pak Abu (bukan nama sebenar) seorang hartawan kampung di Kampung Majujaya.

Beliau mempunyai 4 orang isteri.

Pak Abu berkahwin dengan isteri pertama pada tahun 1990. Selama 10 tahun berkahwin dengan isteri pertama, mereka tidak dikurniakan cahayamata. Pada ulangtahun perkahwinan yang ke 10, Pak Abu dan isteri bersetuju mengambil anak angkat lelaki yang hanya berusia 2 hari. Isteri Pak Abu menyusukan sendiri bayi lelaki tersebut selama 2 tahun. Kasih sayang Pak Abu dan isteri tidak berbelah bagi kepada anak angkat walaupun dikurniakan 2 orang cahayamata perempuan selepas itu.

Pada Mac 2010, isteri Pak Abu meninggal dunia. Tahun yang sama bulan June Pak Abu berkahwin dengan seorang janda 4 anak. 2011, Pak Abu dikurniakan kembar lelaki. Maka bertambah meriah keluarga Pak Abu.

Tahun 2014, secara diam-diam Pak Abu bernikah di sempadan kerana telah jatuh cinta dengan seorang gadis dari Utara Semenanjung. Gadis tersebut telah berkerja dengan Pak Abu selama 2 tahun. Namun perkahwinan ini tidak dikurniakan cahayamata.

Akibat tidak tahan dengan sikap 2 orang isteri yang sering bergaduh, Pak Abu berkahwin lagi. Kali ini dengan sepupu Pak Abu sendiri. Hasil dari perkahwinan ini Pak Abu mendapat seorang cahayamata perempuan.

Tahun 2018, Pak Abu  telah menceraikan isteri yang dikahwini pada tahun 2014. Puncanya kerana tiada sefahaman hidup. Lagipun bekas isteri Pak Abu masih dalam lingkungan 20an dan masih mengejar keseronokan hidup. Sedangkan usia Pak Abu sendiri hampir mencecah 60 tahun.

Tapi ada satu sikap Pak Abu yang patut dicontohi oleh semua orang. Pak Abu sangat menghormati ibunya. Biarpun ibunya telah nyanyuk kerana telah berusia 95 tahun, Pak Abu masih menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.

Mungkin inilah rahsia murah rezeki Pak Abu. Seorang anak yang sangat memuliakan ibunya yang uzur.

Pak Abu juga sering membantu adik beradiknya yang seramai 12 orang yang kesemuanya lelaki. Ini menyebabkan hubungan mereka sangat erat dan saling hormat menghormati.

Tahun 2019, Pak Abu meninggal dunia akibat sesak nafas dan yang paling menyedihkan ibu Pak Abu pula menyusul 3 hari selepas itu.

Sewaktu hidup Pak Abu ada meninggalkan wasiat untuk diberi kepada anak-anak dan isterinya.

Namun wasiat itu ditentang oleh adik beradik Pak Abu kerana menyatakan  tiada wasiat kepada ahli waris.

Masing-masing mula mengatakan bahawa mereka berhak terhadap harta Pak Abu.

Pergaduhan mula terjadi.

Siapakah waris faraid Pak Abu yang sebenarnya dan bagaimana agar mereka semua berhenti bersengketa dan kembali hidup bahagia?

Solusi

Ingat lagi kisah Pak Abu, seorang hartawan Kampung Majujaya yang mempunyai 4 orang isteri.

Arwah dulu sangat baik orangnya dan sangat menghormati ibunya.

Ditakdirkan pada tahun 2019, Pak Abu telah meninggal dunia dan ibunya juga menyusul 3 hari selepas pemergiannya.

Selepas Pak Abu pergi, terdapat persengketaan dalam keluarga arwah bahkan wasiat yang telah dibuat juga tidak mendapat persetujuan daripada ahli waris.

Persoalannya siapa sebenarnya yang layak mewarisi pusaka Pak Abu?

Contohnya, Pak Abu mempunyai harta berjumlah RM 7 juta merangkumi rumah, kenderaan, ladang kelapa sawit, saham syarikat, dan harta-harta yang lain.

Waris yang layak terhadap harta arwah akan dapat bahagian seperti berikut:

Waris

Bahagian

Ibu

56/336 (RM 1,166,666.67)

Isteri 2

21/336 (RM 437,500.00)

Isteri 4

21/336 (RM 437,500.00)

Anak lelaki 1

68/336 (RM 1,416,666.67)

Anak lelaki 2

68/336 (RM 1,416,666.67)

Anak perempuan 1

34/336 (RM 708,333.33)

Anak perempuan 2

34/336 (RM 708,333.33)

Anak perempuan 3

34/336 (RM 708,333.33)

Memandangkan ibu Pak abu telah meninggal dunia 3 hari selepas pemergiannya, bahagian ibu layak diwarisi oleh adik-beradik kandung Pak Abu. Bahagian ibu dibahagikan secara sama rata kepada 12 adik-beradik lelakinya.

Bagaimana pula dengan ahli keluarga Pak Abu yang lain?

  1. Dalam kes ini, isteri pertama telah meninggal dunia lebih dulu daripada Pak Abu, maka isteri pertama tidak layak mewarisi pusaka arwah, manakala isteri ketiga pula telah diceraikan pada 2018 dan perceraian tersebut telah menghalang isteri ketiga daripada mewaris pusaka arwah.
  2. Pak Abu dan isteri pertama juga telah mengambil anak angkat pada tahun 2000 tetapi dalam pewarisan anak angkat tidak layak mewarisi pusaka yang Pak Abu tinggalkan walaupun isterinya telah menyusukan anak tersebut. Ini kerana pewarisan hanya berlaku disebabkan oleh keturunan/nasab, perkahwinan, Agama Islam dan perhambaan. Anak angkat tidak termasuk dalam salah satu daripada sebab tersebut dan tidak layak menerima pusaka Pak Abu. Pak Abu juga mempunyai 4 orang anak tiri semasa berkahwin dengan isteri kedua. Namun dalam pewarisan anak tiri juga tidak dikira sebagai waris faraid dan tidak layak mewarisi pusaka yang Pak Abu tinggalkan.
  3. Semasa hidup, Pak Abu telah mewasiatkan hartanya kepada isteri-isteri dan anak-anak. Menurut hukum syarak, tiada wasiat kepada waris dan sekiranya tetap ingin mewasiatkan harta tersebut perlulah dapatkan persetujuan ahli-ahli waris. Wasiat tersebut telah mendapat tentangan daripada adik-beradik Pak Abu maka wasiat yang dibuat juga terbatal. Kalau ada wasiat untuk anak angkat atau anak-anak tiri, wasiat boleh dilaksana tetapi hanya terhad 1/3 daripada harta pusaka Pak Abu. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah pusaka Pak Abu seperti dalam kes ini, kaedah yang terbaik adalah dengan mengikut kaedah pembahagian faraid seperti yang telah ditetapkan dalam hukum.
 

Ini hanyalah cerita pembahagian harta Pak Abu. Belum masuk lagi cerita proses undang-undang yang perlu dilalui oleh waris-waris Pak Abu.

Dalam undang-undang di Malaysia, langkah pertama untuk menguruskan pusaka adalah dengan mendapatkan surat kuasa mentadbir. Seterusnya waris perlu melalui proses pentadbiran dan yang terakhir barulah pembahagian.