Apa Itu Hibah Bersyarat Dan Hibah Hartanah Bercagar?

apa-itu-hibah

Alhamdulillah, ramai orang sudah dapat pendedahan berkenaan hibah. Tapi adakah anda tahu apa itu hibah bersyarat? Dalam artikel ni kami akan huraikan lebih lanjut. Terutama sekali bagi anda yang mempunyai hartanah yang masih belum habis bayar atau cagaran. Apa Itu Hibah Bersyarat? Hibah bersyarat  akan membantu umat Islam dalam perancangan harta terutama sekali hartanah (rumah/tanah) […]

Isteri Kena Halau, Hati-hati Beli Rumah Kongsi Nama!

apa-itu-hibah

Ramai pasangan yang telah berkahwin mengambil keputusan untuk beli rumah kongsi nama khususnya pasangan yang berpendapatan sederhana.  Ini bertujuan untuk kuatkan loan di bank disamping proses pinjaman perumahan hari ini yang agak ketat. Namun ramai yang tidak sedar, masalah akan timbul apabila beli rumah kongsi nama, lebih-lebih lagi apabila pasangan kurang arif tentang pembahagian faraid […]

Elakkan Waris Bergaduh! 6 Fakta Kenapa Perlu Buat Hibah Rumah

hibah-rumah

Anda memiliki rumah? Pernah terfikir apa akan jadi jika anda meninggal dunia pada rumah tersebut dalam pembahagian faraid? Jika tidak, anda kena ambil tahu dan fahamkan pasal hibah rumah ni. Teruskan membaca, saya sediakan 6 fakta berkenaah hibah rumah. Dan saya yakin anda akan rasa tak senang duduk dan ingin terus bertindak. 1. Kenapa Hibah […]

Tempah Temujanji Konsultasi

Pak Abu (bukan nama sebenar) seorang hartawan kampung di Kampung Majujaya.

Beliau mempunyai 4 orang isteri.

Pak Abu berkahwin dengan isteri pertama pada tahun 1990. Selama 10 tahun berkahwin dengan isteri pertama, mereka tidak dikurniakan cahayamata. Pada ulangtahun perkahwinan yang ke 10, Pak Abu dan isteri bersetuju mengambil anak angkat lelaki yang hanya berusia 2 hari. Isteri Pak Abu menyusukan sendiri bayi lelaki tersebut selama 2 tahun. Kasih sayang Pak Abu dan isteri tidak berbelah bagi kepada anak angkat walaupun dikurniakan 2 orang cahayamata perempuan selepas itu.

Pada Mac 2010, isteri Pak Abu meninggal dunia. Tahun yang sama bulan June Pak Abu berkahwin dengan seorang janda 4 anak. 2011, Pak Abu dikurniakan kembar lelaki. Maka bertambah meriah keluarga Pak Abu.

Tahun 2014, secara diam-diam Pak Abu bernikah di sempadan kerana telah jatuh cinta dengan seorang gadis dari Utara Semenanjung. Gadis tersebut telah berkerja dengan Pak Abu selama 2 tahun. Namun perkahwinan ini tidak dikurniakan cahayamata.

Akibat tidak tahan dengan sikap 2 orang isteri yang sering bergaduh, Pak Abu berkahwin lagi. Kali ini dengan sepupu Pak Abu sendiri. Hasil dari perkahwinan ini Pak Abu mendapat seorang cahayamata perempuan.

Tahun 2018, Pak Abu  telah menceraikan isteri yang dikahwini pada tahun 2014. Puncanya kerana tiada sefahaman hidup. Lagipun bekas isteri Pak Abu masih dalam lingkungan 20an dan masih mengejar keseronokan hidup. Sedangkan usia Pak Abu sendiri hampir mencecah 60 tahun.

Tapi ada satu sikap Pak Abu yang patut dicontohi oleh semua orang. Pak Abu sangat menghormati ibunya. Biarpun ibunya telah nyanyuk kerana telah berusia 95 tahun, Pak Abu masih menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.

Mungkin inilah rahsia murah rezeki Pak Abu. Seorang anak yang sangat memuliakan ibunya yang uzur.

Pak Abu juga sering membantu adik beradiknya yang seramai 12 orang yang kesemuanya lelaki. Ini menyebabkan hubungan mereka sangat erat dan saling hormat menghormati.

Tahun 2019, Pak Abu meninggal dunia akibat sesak nafas dan yang paling menyedihkan ibu Pak Abu pula menyusul 3 hari selepas itu.

Sewaktu hidup Pak Abu ada meninggalkan wasiat untuk diberi kepada anak-anak dan isterinya.

Namun wasiat itu ditentang oleh adik beradik Pak Abu kerana menyatakan  tiada wasiat kepada ahli waris.

Masing-masing mula mengatakan bahawa mereka berhak terhadap harta Pak Abu.

Pergaduhan mula terjadi.

Siapakah waris faraid Pak Abu yang sebenarnya dan bagaimana agar mereka semua berhenti bersengketa dan kembali hidup bahagia?

Solusi

Ingat lagi kisah Pak Abu, seorang hartawan Kampung Majujaya yang mempunyai 4 orang isteri.

Arwah dulu sangat baik orangnya dan sangat menghormati ibunya.

Ditakdirkan pada tahun 2019, Pak Abu telah meninggal dunia dan ibunya juga menyusul 3 hari selepas pemergiannya.

Selepas Pak Abu pergi, terdapat persengketaan dalam keluarga arwah bahkan wasiat yang telah dibuat juga tidak mendapat persetujuan daripada ahli waris.

Persoalannya siapa sebenarnya yang layak mewarisi pusaka Pak Abu?

Contohnya, Pak Abu mempunyai harta berjumlah RM 7 juta merangkumi rumah, kenderaan, ladang kelapa sawit, saham syarikat, dan harta-harta yang lain.

Waris yang layak terhadap harta arwah akan dapat bahagian seperti berikut:

Waris

Bahagian

Ibu

56/336 (RM 1,166,666.67)

Isteri 2

21/336 (RM 437,500.00)

Isteri 4

21/336 (RM 437,500.00)

Anak lelaki 1

68/336 (RM 1,416,666.67)

Anak lelaki 2

68/336 (RM 1,416,666.67)

Anak perempuan 1

34/336 (RM 708,333.33)

Anak perempuan 2

34/336 (RM 708,333.33)

Anak perempuan 3

34/336 (RM 708,333.33)

Memandangkan ibu Pak abu telah meninggal dunia 3 hari selepas pemergiannya, bahagian ibu layak diwarisi oleh adik-beradik kandung Pak Abu. Bahagian ibu dibahagikan secara sama rata kepada 12 adik-beradik lelakinya.

Bagaimana pula dengan ahli keluarga Pak Abu yang lain?

  1. Dalam kes ini, isteri pertama telah meninggal dunia lebih dulu daripada Pak Abu, maka isteri pertama tidak layak mewarisi pusaka arwah, manakala isteri ketiga pula telah diceraikan pada 2018 dan perceraian tersebut telah menghalang isteri ketiga daripada mewaris pusaka arwah.
  2. Pak Abu dan isteri pertama juga telah mengambil anak angkat pada tahun 2000 tetapi dalam pewarisan anak angkat tidak layak mewarisi pusaka yang Pak Abu tinggalkan walaupun isterinya telah menyusukan anak tersebut. Ini kerana pewarisan hanya berlaku disebabkan oleh keturunan/nasab, perkahwinan, Agama Islam dan perhambaan. Anak angkat tidak termasuk dalam salah satu daripada sebab tersebut dan tidak layak menerima pusaka Pak Abu. Pak Abu juga mempunyai 4 orang anak tiri semasa berkahwin dengan isteri kedua. Namun dalam pewarisan anak tiri juga tidak dikira sebagai waris faraid dan tidak layak mewarisi pusaka yang Pak Abu tinggalkan.
  3. Semasa hidup, Pak Abu telah mewasiatkan hartanya kepada isteri-isteri dan anak-anak. Menurut hukum syarak, tiada wasiat kepada waris dan sekiranya tetap ingin mewasiatkan harta tersebut perlulah dapatkan persetujuan ahli-ahli waris. Wasiat tersebut telah mendapat tentangan daripada adik-beradik Pak Abu maka wasiat yang dibuat juga terbatal. Kalau ada wasiat untuk anak angkat atau anak-anak tiri, wasiat boleh dilaksana tetapi hanya terhad 1/3 daripada harta pusaka Pak Abu. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah pusaka Pak Abu seperti dalam kes ini, kaedah yang terbaik adalah dengan mengikut kaedah pembahagian faraid seperti yang telah ditetapkan dalam hukum.
 

Ini hanyalah cerita pembahagian harta Pak Abu. Belum masuk lagi cerita proses undang-undang yang perlu dilalui oleh waris-waris Pak Abu.

Dalam undang-undang di Malaysia, langkah pertama untuk menguruskan pusaka adalah dengan mendapatkan surat kuasa mentadbir. Seterusnya waris perlu melalui proses pentadbiran dan yang terakhir barulah pembahagian.