Alhamdulillah, ramai orang sudah dapat pendedahan berkenaan hibah. Tapi adakah anda tahu apa itu hibah bersyarat? Dalam artikel ni kami akan huraikan lebih lanjut. Terutama sekali bagi anda yang mempunyai hartanah yang masih belum habis bayar atau cagaran.
Apa Itu Hibah Bersyarat?
Hibah bersyarat akan membantu umat Islam dalam perancangan harta terutama sekali hartanah (rumah/tanah) yang bercagar. Hibah harta yang masih dalam gadaian atau pinjaman adalah SAH sekiranya harta yang dihibahkan dilindungi oleh takaful MRTT/MLTT atau mendapat keizinan dari pembiaya.
“Fatwa ini telah diwartakan dalam Warta Sel. P.U.8 pada 8hb April 2021 dan Warta No. 1108 yang disiarkan pada 13hb Mei 2021. Fatwa ini selari dengan pendirian Wasiyyah Shoppe Berhad berkenaan hibah harta bercagar dan kedua-dua elemen ini sudah di masukkan ke dalam hibah yang kami laksanakan semenjak tahun 2015 lagi.” – Tuan Haji Ariffin Bin Sabirin, CEO Wasiyyah Shoppe Berhad
Tahukah anda, rumah yang bercagar atau masih dalam pinjaman tidak boleh berpindah milik. Jadi buatlah hibah bersyarat agar bila pemilik meninggal dunia, rumah tersebut masih boleh didiami oleh ahli keluarga atau waris terdekat. Jika tidak kemungkinan rumah tersebut terpaksa di jual untuk membayar hak waris faraid yang lain. Malah telah banyak kes hibah diluluskan oleh Mahkamah Syariah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita untuk membuat perancangan harta yang kita miliki.