Apa Itu Hibah Bersyarat Dan Hibah Hartanah Bercagar?
Alhamdulillah, ramai orang sudah dapat pendedahan berkenaan hibah. Tapi adakah anda tahu apa itu hibah
Alhamdulillah, ramai orang sudah dapat pendedahan berkenaan hibah. Tapi adakah anda tahu apa itu hibah
Ramai pasangan yang telah berkahwin mengambil keputusan untuk beli rumah kongsi nama khususnya pasangan yang
Anda memiliki rumah? Pernah terfikir apa akan jadi jika anda meninggal dunia pada rumah tersebut
Kausar Global Group Sdn Bhd
202101000063 (1400361-M)
211-1B Jalan Haruan 5/6
Pusat Komersial Oakland 2
70300 Seremban Negeri Sembilan
Copyright 2022. All right reserved. Powered by Sesawang.Co
"*" indicates required fields
Pak Abu (bukan nama sebenar) seorang hartawan kampung di Kampung Majujaya.
Beliau mempunyai 4 orang isteri.
Pak Abu berkahwin dengan isteri pertama pada tahun 1990. Selama 10 tahun berkahwin dengan isteri pertama, mereka tidak dikurniakan cahayamata. Pada ulangtahun perkahwinan yang ke 10, Pak Abu dan isteri bersetuju mengambil anak angkat lelaki yang hanya berusia 2 hari. Isteri Pak Abu menyusukan sendiri bayi lelaki tersebut selama 2 tahun. Kasih sayang Pak Abu dan isteri tidak berbelah bagi kepada anak angkat walaupun dikurniakan 2 orang cahayamata perempuan selepas itu.
Pada Mac 2010, isteri Pak Abu meninggal dunia. Tahun yang sama bulan June Pak Abu berkahwin dengan seorang janda 4 anak. 2011, Pak Abu dikurniakan kembar lelaki. Maka bertambah meriah keluarga Pak Abu.
Tahun 2014, secara diam-diam Pak Abu bernikah di sempadan kerana telah jatuh cinta dengan seorang gadis dari Utara Semenanjung. Gadis tersebut telah berkerja dengan Pak Abu selama 2 tahun. Namun perkahwinan ini tidak dikurniakan cahayamata.
Akibat tidak tahan dengan sikap 2 orang isteri yang sering bergaduh, Pak Abu berkahwin lagi. Kali ini dengan sepupu Pak Abu sendiri. Hasil dari perkahwinan ini Pak Abu mendapat seorang cahayamata perempuan.
Tahun 2018, Pak Abu telah menceraikan isteri yang dikahwini pada tahun 2014. Puncanya kerana tiada sefahaman hidup. Lagipun bekas isteri Pak Abu masih dalam lingkungan 20an dan masih mengejar keseronokan hidup. Sedangkan usia Pak Abu sendiri hampir mencecah 60 tahun.
Tapi ada satu sikap Pak Abu yang patut dicontohi oleh semua orang. Pak Abu sangat menghormati ibunya. Biarpun ibunya telah nyanyuk kerana telah berusia 95 tahun, Pak Abu masih menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.
Mungkin inilah rahsia murah rezeki Pak Abu. Seorang anak yang sangat memuliakan ibunya yang uzur.
Pak Abu juga sering membantu adik beradiknya yang seramai 12 orang yang kesemuanya lelaki. Ini menyebabkan hubungan mereka sangat erat dan saling hormat menghormati.
Tahun 2019, Pak Abu meninggal dunia akibat sesak nafas dan yang paling menyedihkan ibu Pak Abu pula menyusul 3 hari selepas itu.
Sewaktu hidup Pak Abu ada meninggalkan wasiat untuk diberi kepada anak-anak dan isterinya.
Namun wasiat itu ditentang oleh adik beradik Pak Abu kerana menyatakan tiada wasiat kepada ahli waris.
Masing-masing mula mengatakan bahawa mereka berhak terhadap harta Pak Abu.
Pergaduhan mula terjadi.
Siapakah waris faraid Pak Abu yang sebenarnya dan bagaimana agar mereka semua berhenti bersengketa dan kembali hidup bahagia?
Ingat lagi kisah Pak Abu, seorang hartawan Kampung Majujaya yang mempunyai 4 orang isteri.
Arwah dulu sangat baik orangnya dan sangat menghormati ibunya.
Ditakdirkan pada tahun 2019, Pak Abu telah meninggal dunia dan ibunya juga menyusul 3 hari selepas pemergiannya.
Selepas Pak Abu pergi, terdapat persengketaan dalam keluarga arwah bahkan wasiat yang telah dibuat juga tidak mendapat persetujuan daripada ahli waris.
Persoalannya siapa sebenarnya yang layak mewarisi pusaka Pak Abu?
Contohnya, Pak Abu mempunyai harta berjumlah RM 7 juta merangkumi rumah, kenderaan, ladang kelapa sawit, saham syarikat, dan harta-harta yang lain.
Waris yang layak terhadap harta arwah akan dapat bahagian seperti berikut:
Waris | Bahagian |
Ibu | 56/336 (RM 1,166,666.67) |
Isteri 2 | 21/336 (RM 437,500.00) |
Isteri 4 | 21/336 (RM 437,500.00) |
Anak lelaki 1 | 68/336 (RM 1,416,666.67) |
Anak lelaki 2 | 68/336 (RM 1,416,666.67) |
Anak perempuan 1 | 34/336 (RM 708,333.33) |
Anak perempuan 2 | 34/336 (RM 708,333.33) |
Anak perempuan 3 | 34/336 (RM 708,333.33) |
Memandangkan ibu Pak abu telah meninggal dunia 3 hari selepas pemergiannya, bahagian ibu layak diwarisi oleh adik-beradik kandung Pak Abu. Bahagian ibu dibahagikan secara sama rata kepada 12 adik-beradik lelakinya.
Bagaimana pula dengan ahli keluarga Pak Abu yang lain?
Ini hanyalah cerita pembahagian harta Pak Abu. Belum masuk lagi cerita proses undang-undang yang perlu dilalui oleh waris-waris Pak Abu.
Dalam undang-undang di Malaysia, langkah pertama untuk menguruskan pusaka adalah dengan mendapatkan surat kuasa mentadbir. Seterusnya waris perlu melalui proses pentadbiran dan yang terakhir barulah pembahagian.